Saturday, 3 July 2010

Zinnirah : Wanita Buta yang Celik Hatinya

...Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikanatau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan.Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya.namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam.Biarpun fizikal wanita ini diseksa dgn berbagai-bagai kesakitan, penderitaan &kesusahan tetapi hatinya tetap kpd Allah swt. Dia menerima penyeksaan ituwalaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang &hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramaiyg tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanitaini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagimemiliki pangkat yg besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberipenghormatan yg tinggi kepadanya.Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipundilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah ygtelah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah diantara org yg awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapayg memeluk Islam, tidak seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman,kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua.

Friday, 2 July 2010

ETIKA BERDO`A

" Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari "Oleh : Al-Qismu Al-Ilmi-Dar Al-Wathan

Terlebih dahulu sebelum berdo`a hendaknya memuji kepada Allah kemudian bershalawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam pernah mendengar seorang lelaki sedang berdo`a di dalam shalatnya, namun ia tidak memuji kepada Allah dan tidak bershalawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam maka Nabi bersabda kepadanya: "Kamu telah tergesa-gesa wahai orang yang sedang shalat. Apabila anda selesai shalat, lalu kamu duduk, maka memujilah kepada Allah dengan pujian yang layak bagi-Nya, dan bershalawatlah kepadaku, kemudian berdo`alah". (HR. At-Turmudzi, dan dishahihkan oleh Al-Albani).
Mengakui dosa-dosa, mengakui kekurangan (keteledoran diri) dan merendahkan diri, khusyu', penuh harapan dan rasa takut kepada Allah di saat anda berdo`a. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang artinya:"Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera di dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo`a kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu` kepada Kami". (Al-Anbiya': 90).
Berwudhu' sebelum berdo`a, menghadap Kiblat dan mengangkat kedua tangan di saat berdo`a. Di dalam hadits Abu Musa Al-Asy`ari Radhiallaahu anhu disebutkan bahwa setelah Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam selesai melakukan perang Hunain :" Beliau minta air lalu berwudhu, kemudian mengangkat kedua tangannya; dan aku melihat putih kulit ketiak beliau". (Muttafaq'alaih).
Benar-benar (meminta sangat) di dalam berdo`a dan berbulat tekad di dalam memohon. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila kamu berdo`a kepada Allah, maka bersungguh-sungguhlah di dalam berdo`a, dan jangan ada seorang kamu yang mengatakan :Jika Engkau menghendaki, maka berilah aku", karena sesungguhnya Allah itu tidak ada yang dapat memaksanya". Dan di dalam satu riwayat disebutkan: "Akan tetapi hendaknya ia bersungguh-sungguh dalam memohon dan membesarkan harapan, karena sesungguhnya Allah tidak merasa berat karena sesuatu yang Dia berikan". (Muttafaq'alaih).
Menghindari do`a buruk terhadap diri sendiri, anak dan harta. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: "Jangan sekali-kali kamu mendo`akan buruk terhadap diri kamu dan juga terhadap anak-anak kamu dan pula terhadap harta kamu, karena khawatir do`a kamu bertepatan dengan waktu dimana Allah mengabulkan do`amu". (HR. Muslim).
Merendahkan suara di saat berdo`a. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: "Wahai sekalian manusia, kasihanilah diri kamu, karena sesungguhnya kamu tidak berdo`a kepada yang tuli dan tidak pula ghaib, sesungguhnya kamu berdo`a (memohon) kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan Dia selalu menyertai kamu". (HR. Al-Bukhari).
Berkonsentrasi di saat berdo`a. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: "Berdo`alah kamu kepada Allah sedangkan kamu dalam keadaan yakin dikabulkan, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah tidak mengabulkan do`a dari hati yang lalai". (HR. At-Turmudzi dan dihasankan oleh Al-Albani).
Tidak memaksa bersajak di dalam berdo`a. Ibnu Abbas pernah berkata kepada `Ikrimah: "Lihatlah sajak dari do`amu, lalu hindarilah ia, karena sesungguhnya aku memperhatikan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam dan para shahabatnya tidak melakukan hal tersebut".(HR. Al-Bukhari)..

5 TEKATEKI IMAM GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia? 3. Apakah yang paling besar di dunia? 4. Apakah yang paling berat di dunia? 5. Apakah yang paling ringan di dunia? 6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

AMALAN DI BULAN SYAABAN

Isi Khutbah :Oleh Tuan Haji Ab. Jalil bin Dg. PerangrengSaya berpesan kepada diri sendiri dan tuan-tuan agar bersama-samalah kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. kerana sifat-sifat mukmin yang sejati itu keimanan dan ketakwaan sentiasa meningkat, manakala kefasikan dan keburukan semakin jauh ditinggalkan.Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Pada pertengahan bulan Syaaban yang mulia telah berlaku satu peristiwa besar dan bersejarah kepada diri baginda Rasulullah s.a.w. dan bagi kaum muslimin dan muslimat iaitu peristiwa mengubah arah haluan kiblat kaum muslimin dan muslimat dari hala mengadap Al-Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis kepada arah Al-Masjidil Haram (kaabah Al-Musyrafah) di Mekah Al-Mukaramah.Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:1. Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w.Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".2. Banyak melakukan amalan takwa dan taat.3. Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".4. Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:" Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".5. Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.6. Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.7. Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.8. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.9. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.10. Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.Yang bermaksud: Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (Surah as-Syura: 30).

SYAABAN

Isi Khutbah :Sidang jumaat yang dirahmati Allah,Kini bulan Syaaban telah tiba. Bulan yang terletak di antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w melakukan Israk dan Mikraj manakala bulan Ramadhan di mana umat islam diwajibkan mengerjakan satu rukun Islamnya iaitu berpuasa.Bulan Syaaban ini adalah bulan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w memperbanyak ibadah puasa padanya. Selain daripada itu pada pertengahan bulan ini pula Allah S.W.T perintahkan kepada Nabi Muhammad mengubah hala kiblat kaum muslimin yang mengadap Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis kepada arah Masjidil Haram di Mekah. Lagi pula bulan ini adalah bulan yang sebaik-baiknya untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan, seluruh kaum muslimin melatih diri untuk berbakti kepada Allah S.W.T yang Maha Esa. Bulan Syaaban adalah bulan latihan kecil untuk mencapai kemenangan dalam latihan besar. Sebab itu janganlah dibiarkan kesempatan yang amat berharga ini berlalu dengan percuma sahaja, tetapi pergunakanlah dengan sebaik-baiknya. Perbanyakkanlah kerja-kerja bakti dan puasa sunat dan lipatgandakanlah segala kebajikan padanya.Di dalam sebuah Hadith Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:"Rejab itu adalah Bulan Allah, dan Allah telah melebihkan dari segala bulan seperti kelebihanku atas segala makhluknya. Dan Syaaban itu adalah bulanku, dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanku atas segala nabi-nabi. Dan Ramadhan itu adalah bulan umatku, dan Allah S.W.T telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanku atas segala umat".Muslimin yang dirahmati Allah,Satu hal yang sangat penting sekali pada bulan ini, ialah malam seperduanya (Malam Nisfu Syaaban). Pada malam itu Allah S.W.T telah menurunkan rahmatnya kepada segala hambaNya yang meminta dan memohon kepadanya. Dan saat itu adalah saat yang sebaik-baiknya untuk memohon rahmat, hidayah dan taufik kepada Allah S.W.T. Maka kita kaum muslimin pada saat yang amat baik dan ketika yang amat elok bermohon kepada Allah dengan hati yang khusyuk dan ikhlas agar umat-umat Islam beroleh bahagia di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu mulai dari sekarang sewajibnya kita menilai semula diri kita bahawa sebenarnya umur kita memang bertambah setiap kali berakhirnya satu hari atau satu bulan. Lebih jelas lagi adalah saat untuk hadir ke pengadilan Yaumul Mahsyar kian dekat. Ini kemungkinan yang kita lupa, kenapakah kita menjadi lupa? Mungkin apa yang disebabkan kita sangka ialah segala sesuatu itu akan selalunya memihak kepada kita. Oleh itu alangkah baiknya setiap kali kita menghitung atau menilai semula diri kita maka kita hitung dan nilaikan semula apakah yang kita lakukan sepanjang hidup kita ini. Lebih-lebih lagi tentang amalan diri kita sendiri kepada Allah S.W.T. Atau apakah kita bertekad untuk meninggalkan segala kemungkaran dan kemaksiatan. Sudahkah kita cuba sedaya upaya atau melaksanakannya. Dan begitu juga sekiranya kita bersungguh-sungguh berazam melakukan kebaikan dan kebajikan. Sudahkah kita berusaha untuk mengubahnya supaya menjadi baik. Jika kita selalu alpa kenapa kita tidak cuba waspada. Dan jika ternyata kita tergolong sebagai umat yang belum termasuk ke dalam kategori umat yang menyumbangkan saham syariat agama. Kenapa kita tidak mula membetulkan haluan kita sebagai orang yang menghayati cara hidup beragama. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa agama Islam adalah satu agama yang dapat menyelamatkan semua insan. Oleh itu kita sewajibnya memastikan atau menjadikan saudara se-Islam itu sebagai saudara yang sejati sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".Daripada ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap individu muslim mukmin itu adalah saudara kita. Oleh itu sewajibnya kita memelihara ikatan persaudaraan yang kukuh dan jauhkan daripada sifat buruk sesama manusia. Para ulama' silam dan hari ini banyak mengajar kita betapa perlunya kita menjadi manusia yang berbaik-baik antara satu sama lain dan maaf-bermaafan sesama saudara Islam. Oleh kerana Rasulullah s.a.w sentiasa mengekalkan umatkan jadi pemaaf bermakna apabila akal kita dapat berfikir tentang pengertian maaf dan hati kita dapat menghayatinya betapa besarnya hikmah maaf itu maka dengan sendirinya kita akan terlepas daripada hinggapan sifat-sifat buruk yang termasuk dalam sifat-sifat mazmudah yang tidak dikehendaki oleh Islam itu sendiri. Muslimin yang berbahagia,Sebagaimana yang kita maklumi bahawa bulan Rejab adalah bulan ujian, bulan Ramadhan adalah bulan latihan manakala bulan Syaaban adalah bulan persiapan. Untuk itu marilah kita beramal untuk akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari dan jika untuk usaha keduaniaan mestilah kita anggap bahawa kita akan hidup selama-lamanya. Segala pekerjaan yang baik janganlah ditangguhkan mengerjakannya sampai esok tetapi hendaklah dikerjakan sekarang juga dengan seberapa segera kerana nyawa dalam genggaman Allah S.W.T.buat akhirnya sempena bulan Syaaban ini marilah sama-sama kita perbanyakkan amal soleh serta bertaubat kepada Allah S.W.T sebelum tiba ajal maut kerana sebagaimana yang kita maklumi bahawa bertaubat itu merupakan satu kewajipan demi memastikan kita bersih dari dosa sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah S.W.T wahai orang yang beriman semoga kamu berbahagia". (Surah an-Nur:31)oleh itu dalam hal ini hindarkanlah dari sifat putus asa atau beranggapan Allah S.W.T tidak mengampuni dosa kita lantaran terlalu banyak berbuat noda dan dosa. Pernah seorang pemuda menangis dan pergi ke rumah Rasulullah s.a.w kerana dosanya yang banyak dan rasanya sudah sampai dikemuncak, tetapi akhirnya diampun juga oleh Allah S.W.T. Dengan ini adalah penting bagi bertaubat kepada Allah S.W.T kerana orang yang bertaubat itu dianggap tidak mempunyai dosa lagi."Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)".