...Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikanatau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan.Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya.namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam.Biarpun fizikal wanita ini diseksa dgn berbagai-bagai kesakitan, penderitaan &kesusahan tetapi hatinya tetap kpd Allah swt. Dia menerima penyeksaan ituwalaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang &hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramaiyg tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanitaini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagimemiliki pangkat yg besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberipenghormatan yg tinggi kepadanya.Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipundilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah ygtelah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah diantara org yg awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapayg memeluk Islam, tidak seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman,kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua.
Wanitaberbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umaral-Khattab membelinya dgn harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjaditawanan tuannya.Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikanpengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika orglain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedangnyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium olehmusuh.Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiriiaitu Umar. Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgnsikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat keduabelah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari.Bayangkanlah antara seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasirpada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgnbatu besar dan 1001 macam penyeksaan yg diterimanya.Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampumenguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah,Allahu Akbar, Allah lah yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Muwahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan diakhirat ". Begitulah ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialahmatanya dicucuk dgn besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinyamasih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebihrela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasakehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makinmenguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilahpetunjuk kpd org yg menyeksaku ini.Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umarmemeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.Malah Saidina Umar menjadi sahabat yg tergolong KhulafaArrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf,bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, giladunia kpd gila akhirat.Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utkmelihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaranIslam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaanZinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirahbuta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhalaitu tiada sedikitpun kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan merekabahawa masalah buta itu adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasamengembalikan pancainderanya seperti biasa.Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabarZinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksakerana bosan melihat ketabahan hatinya.Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanankpd Allah swt. Tiada siapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allahswt mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpdZinnirah. Allah swt menggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah bolehmelihat seperti biasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlahpertolongan Allah swt kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lamakemudian, Saiyidina Abu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinyadgn harga tinggi. Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-orgkafir.Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasamerasa Allah swt memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabilanafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pulahatinya bertindak balas dgn mengatakan Allah swt Maha Melihat. Nafsu yg mahuberbuat segera ditepis dgn katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgnneraka?".Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgnakhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman drpd kongkongan hawa nafsu.Kemerdekaan jiwa inilah yg diperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal didunia tetapi terkenal di langit.Marilah kita berazam dgn membulatkan sepenuhpengharapan memohon pada Allah swt supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah.Sekiranya diuji dgn pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah.Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idolakita, Zinnirah....
No comments:
Post a Comment